Saturday 22 October 2011

Jawapan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah... InshaAllah telah menemukan jawapan kepada persoalan yang kerap mengetuk hati minggu ni.. dan Subahanallah, temukan dengan cara yang tak pernah diduga...






Bib meluahkan dan minta andai ada sesiapa yang boleh ajarkan  bagaimana untuk membalas cinta yang agung; dalam FB. Bib tanyakan pada seorang kawan... begini lebih kurang perbualan:

(guna nama kawan sebagai Sirap, her favorite bantal peluk^^ Sirap yang Bib kenal sangat sayangkan arwah ayahnya.)
Bib   : Sirap, bib tanye ye...bayangkan seorang yang palingggggggg Sirap sayang.....Sirap rasa Sirap dah balas tak cinta dia? Sirap rasa siapa lebih sayang siapa...... huuuuuu ?? mayou (pening; lebih kurang maksud) ‎:'|
Sirap
: Sirap rasa Sirap dah balas kasih sayang dia semampu yang Sirap boleh buat :) Sebab tu Sirap tak nangis masa dia dikapankan... Sampai orang cakap budak ni takde perasaan ke ayah dia meninggal? :)
Bib    : Hūuu.. :'| Sirap... Ayah Sirap mesti sayang sangat kat Sirap... Sirap sentiasa ingat kat dia kan?? Tq Sirap...
Sirap
: Sirap pun rasa ayah Sirap sayang Sirap... sayang semua orang bib.. Yang penting jangan buat orang marah...Bib tahukan Sirap sayang bib? 
Bib    : Ouch.. So sweet! ;) i know!
Ok, boleh berhenti di situ. Apa yang Allah nak sampaikan kepada Bib melalui kata-kata kawan Bib, malah inshaAllah melalui kata-kata Bib sendiri...

  1. Kalau kita sayang Allah, buatlah sebaik mungkin apa yang Dia suruh, tinggalkan apa yang Dia larang... jangan buat Allah murka! kejar redha Allah!
  2. Kalau kita ingat Allah, sayang Allah... Allah for sure bagi yang lebih baik dari tu..
  3. Sayang semua; tidak meninggalkan walaupun seorang untuk menyampaikan risalah cinta!

 NAMA SAYA KEKASIH DAN SIFAT SAYA MENCINTAI! BIB sayang Allah!!!

YES! sebab hati ada satu, so layak untuk yang Satu sahaja^^


InshaAllah tiga jawapan ini menjawab persoalan-persoalan yang lain... dan homework yang teacher bagi pun sangat-sangat merangsang akal dan hati untuk mencari jawapannya... Alhamdulillah3x

tarbiyyah tak pernah berhenti!




nama saya KEKASIH!

Friday 21 October 2011

soalan

بسم الله الرحمن الرحيم


Minggu yang penuh dengan pertanyaan...


Apa tanda AKU cinta dan taat kepada Allah SWT?

Apa yang telah AKU sumbangkan kepada Islam?

Apa tanda AKU cinta Rasulullah SAW???

Apakah ertinya ikhlas??

Benarkah hati ini sudah bersih???

Riak, sombong, takbur; masihkah di hati?

Sudah BAIKkah amalan?

Benarkah benci kembali kepada kekufuran?????????

Mengapa HATI kita hanya layak untuk ALLAH?????????????



siapa ada jawapan? OK, assalamualaikum wbt

Monday 17 October 2011

Cinta kepada Ar-Rahman Memberikan Kuasa yang Luar Biasa

Bismillahirrahmanirrahim...

ALLAH matlamat kami, RASUL contoh kami, ALQURAN panduan kami, JIHAD jalan kami, MATI di jalan Allah cita-cita kami...


Wahai hamba ARRAHMAN ARRAHIM, 
mari kita jadi pengasih.. 
mari kita semaikan cinta di jalan ini.
JOM baca..
-----------------------------------------------------------

Keajaiban Tenaga Cinta

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Kalaulah kemenangan yang diimpikan oleh Rasulullah saw sebatas kemenangan politik semata-mata maka baginda tidak memerlukan waktu yang panjang kerana sejak dari awal baginda memiliki garis keturunan yang berpeluang untuk beroleh kekuasaan.

Tidak ada cercaan, tidak ada derita dan tidak perlu berdarah-darah kerana kedudukan baginda di tengah-tengah kaumnya memberi peluang yang besar bagi baginda untuk berkuasa.

Baginda sedar betul apakah ertinya berkuasa. Jika kendali kekuasaan adalah hawa nafsu dan kedurjanaan, maka kekuasaan seperti itu akan menenggelamkan nilai-nilai peradaban dan melumatkan seluruh bangunan kehidupan.

Mungkinkah kebahagiaan akan mampu diukir di atas puing-puing kehancuran dan rosak binasanya nilai moral?

Baginda menaruh harapan besar dari kekuasaan dan menginginkan perubahan yang besar, namun apa ertinya kekuasaan jika tidak ada perubahan?


Baginda sedar bahwa baginda adalah pendakwah sebelum pemimpin. Bagindapun sedar bahwa tentangan kepada seorang pendakwah jauh lebih besar dari seorang pemimpin.

Membangun cita-cita besar memerlukan :
  1. Dukungan individu.
  2. Kecukupan dana.
  3. Persediaan kemudahan.
Tuntutan daya dukung semakin besar apabila cita-cita semakin besar. Terasa berat untuk menegakkan cita-cita apabila sokongan tidak ada dalam genggaman.

Jika hanya bergantung kepada daya dukung material semata-mata, maka tidak ada harapan bagi kemenangan.

Namun sejarah sering mempertontonkan kepada kita bahwa sesuatu kerja boleh menjadi fantastik yang mungkin dianggap tidak waras apabila ianya bermodalkan kekuatan cinta.

Seberat apapun kerja tidak akan terlontar perkataan tidak boleh serta tidak ada keluh kesah apalagi putus asa bagi para pencinta.

Cinta telah menjadikannya bertenaga dan kerja besar menjadi rasional.

Bukankah seorang ibu rela menggadai nyawa demi lahirnya si buah hati kerana dorongan cinta?

Bahkan ada seorang ibu yang rela bersemuka dengan seekor harimau demi menyelamatkan darah dagingnya dari terkaman haiwan liar ini.

Andainya fanatik cinta kepada makhluk mampu mendatangkan keajaiban, apatah lagi cinta kepada Al Khaliq sesungguhnya lebih dahsyat dan mengkagumkan.


“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah”.


Cinta Rasulullah saw pada Ar-Rahman dan kekuatan baginda pada kebenaran serta kasih sayang baginda pada masalah umat menjadi modal besar sebuah kejayaan.

Baginda rela membayar cintanya dengan pengorbanan sehingga kakinya yang bengkak tidak terasa saat indah bercinta dengan Ar-Rahman di tengah keheningan malam.

Pujuk rayu dan tarikan-tarikan kekuasaan sehingga kepada ancaman dan bahaya tidak dipedulikan demi cintanya pada kebenaran.

Anak saudara mana yang tidak cinta kepada bapa saudaranya yang telah mendidik dan membesarkannya, namun ketika cinta yang diberikan perlu menggantikan cintanya pada dakwah dan perjuangan, maka kalimah penolakanlah yang terlontar :

“Demi Allah wahai bapa saudaraku andaikan Quraish meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah ini, sungguh aku tidak akan tinggalkan sehingga Allah memenangkanku atau aku binasa kerananya”.


Dengan cinta, baginda menyeru semua orang agar terbebas dari siksa yang menyakitkan, kerabat dekat atau jauh, kenal ataupun tidak kenal tanpa ada yang terabai.

Harta, tenaga, waktu dan pembiayaan baginda habiskan semata-mata untuk menebus rasa cinta.

Tidak kenal waktu, tidak kenal jarak, tidak kenal panas terik baginda melangkah menyeru semua umat manusia dengan bahasa cinta.

Gelombang cintanya telah memanjangkan ayunan langkahnya menyusuri seluruh negeri mencari setiap insan yang bersedia untuk membalas cintanya.

Namun setiap orang curiga, memfitnah, mengancam hingga kepada menyiksa di mana mereka meragukan cinta tulus dari seorang pendakwah.

Baginda sentiasa membalas setiap cercaan dan derita dengan pemakluman dan doa, tiada sumpah seranah buat kejahilan umat, apalagi dipanjatkan doa akan turunnya azab yang mem-binasakan.

Cintanya kepada umat membuatkan :
  • Baginda kurang memberi perhatian terhadap keperluan dirinya sendiri.
  • Baginda rela tidak makan asalkan umatnya makan.
  • Baginda rela mengalahkan segala kepentingannya demi kemaslahatan umat.
  • Baginda sering menangis menadah tangan bermohon kepada Ar-Rahman agar umatnya berjalan di atas kebenaran dan terhindar dari azab yang menyakitkan "Allahumma Ummati(Ya Allah Ummatku)".. kemudian baginda menangis.
Cinta baginda memang cinta sejati bahkan baginda tidak hanya mengungkapkan cintanya di kala miskin dan membenci di kala berkuasa.

Bukankah pembukaan Makkah merupakan puncak kemenangan dan itulah saatnya untuk melampiaskan dendam, namun di tengah kuasa dan kejayaan itu, senandung cinta tidak pernah luntur dari lisan baginda.


Ketakutan pendukung kebatilan hilang seketika demi mendengar ucapan pembebasan baginda sebagai ungkapan cinta nan tulus dari seorang pendakwah dan murabbi: “Pergilah kamu, kamu semua bebas”.
  1. Hati yang keras tiba-tiba hancur luluh...(lembut)
  2. Mata yang kering seketika berlinang dengan air mata.
  3. Kebencian yang terpendam dalam seketika keluar berganti cinta kasih.
Maka, sejurus itu, cinta telah berbalas dengan cinta, Allahu Akbar’ ! manusia berduyun-duyun datang pasrah dengan penuh keridhaan masuk ke dalam barisan Ar-Rahman.

Cinta tersebut telah diwarisi kepada para sahabat, tabi’in dan generasi penerus mereka para pendakwah dan ‘murabbi’. Berbekalkan Al Qur’an dan semangat cinta, mereka pecut kuda-kuda mereka menuruti langkah mengungkapkan rasa cinta dan berkongsi bahagia dengan semua umat manusia.

Tidak terlontar perkataan letih, tiada kelesuan juga tiada perasaan kebosanan bahkan bahagia kian hari kian memuncak.

Tidak ada satupun halangan yang boleh menghambat langkahnya untuk mengungkap cintanya.

Ketiadaan dana, kenderaan dan kemudahan bukan alasan bagi mereka. Semangat mereka telah menyiapkan wasilah melebihi wasilah material. Meskipun keadaan alam kadang-kadang menyekat langkah mereka, namun semangat mereka tidak pernah padam.

Lihatlah ungkapan semangat Uqbah bin Nafi’ ketika langkahnya terhalang di tepi lautan Atlantik, beliau mengatakan :
“Ya Allah ku persaksikan dihadapanmu, kalaulah bukan kerana lautan ini, akan ku buka seluruh negeri dan akan ku Islamkan mereka semuanya” .

Mereka menolak cinta mereka dibatasi oleh wilayah dan jumlah bahkan mereka ingin menjadi pendakwah dan ‘murabbi’ di seluruh dunia.

Begitulah ‘muassis’ (perintis) dakwah ini, Imam Hasan Al-Banna membahasakan cintanya :
“Kerana itu kita berusaha agar dakwah sampai ke setiap rumah muslim, suaranya didengar di setiap tempat, dan fikrah kita tersebar serta menembusi perkampungan, desa, bandar, pusat bandar dan bandar besar … Kita tidak pernah letih dan tidak akan mengabaikan satu wasilah sekalipun”.

Lihatlah bagaimana semangat juang mereka telah menghantarkan mereka ke negeri yang tidak pernah mereka kenali sebelumnya.

Meskipun mereka tidak pernah ikut daurah murabbi’, namun rasa kemuliaan diri mereka  sebagai pendakwah dan ‘murabbi’ telah membuatkan mereka percaya kepada diri mereka.

Membina umat yang bekerja membuatkan mereka merasa bahagia dan oleh kerananya mereka tidak perlu kepada taklimat’ dan motivasi.’ Mereka tidak perlu kepada arahan kerana kesedaran mereka telah mengarahkan diri mereka untuk menjadi ‘murabbi’.

Mereka sering mengungkap senandung cinta mereka :
“Aku berkeyakinan bahwa jiwa terbaik adalah jiwa-jiwa mulia yang merasakan kebahagiaan saat membahagiakan dan membimbing orang lain”.

Hari ini, esok dan akan datang, sepanjang zaman umat manusia masih memerlukan sentuhan cinta seorang pendakwah dan ‘murabbi’.

Pandanglah umat dengan hati yang jernih, lihat dan saksikan mereka, kini mereka menanti dan berharap dakapan cinta dari seorang pendakwah.

Mereka memerlukan cahaya, mereka memerlukan air ketenteraman yang akan membahagiakan, mereka ingin bebas dari kenistaan jahiliyah dan mereka menangis menanti datangnya hidayah namun mereka tidak memiliki daya.

Adakah seorang pendakwah itu bakhil dengan hidayah padahal dia datang kepadanya dengan percuma, hidayah bukanlah monopoli perseorangan akan tetapi milik semua orang.

Mereka adalah sebahagian dari tubuh kita, mereka saudara kita. Jumlah mereka bukan satu bukan dua akan tetapi jutaan, patut kah kita membiarkan mereka?

Wahai pewaris risalah suci!!,
  1. Patutkah cinta para Nabi padam di tangan kita yang menamakan diri kita sebagai pendakwah?
  2. Patutkah kita cinta kepada mereka di saat kita tidak berpunya dan tidak lagi mencintai mereka kerana kini kita sibuk dengan harta dan kuasa?
Ya Allah, kurniakanlah rasa cinta kami kepada umat ini sehingga mereka mampu menyahut seruanMu dan bangkit memenuhi panggilanMu. Jadikanlah kami pendakwah dan murabbi yang membina manusia dengan cinta kerana dengan dorongan cinta sejati itulah kami mengharapkan hati-hati manusia dapat dipaut untuk menuju jalanMu yang lurus dan menyelamatkan mereka dari azab yang mengerikan.
 Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi
http://dakwah.info/bekal-dakwah/keajaiban-tenaga-cinta/
-----------------------------------------------------------

::CINTA memberi kita kuasa luar biasa dan ia menuntut pengorbanan yang luar biasa juga::

wee~ sharing is caring, healing is loving. huh? :)

Sunday 16 October 2011

GHURABAA power! Enter!!

Bismillahirrhmanirrahim...

YOSH! yosh yaoshhhh!! Huuuuuuuuhhh saat ni baru terasa himmah semula... Selalu berfikir camne nak tinggalkan jahiliyyah ni...

(sekali lagi) Hidup ini ibarat perjalanan.... ada destinasi, ada laluan, ada cabaran, ada teman dan ada bekalan... dan jahiliyyah itu ibarat muatan yang tak berguna...

"Muatan memenuhi had! sila tinggalkan yang tidak berguna untuk meneruskan perjalanan"

Daripada Abu Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya"
HR Tirmidzi

 JOM! Mujahadah...JOM tadhiyyah!

Untuk mengubah perlu berubah. Untuk berubah perlu mujahadah. Untuk mujahadah perlu tadhiyyah!!


Nak jadi ghurabaa...
 
Rasulullah SAW bersabda,
"Islam itu bermulanya asing dan  dan akan kembali asing, maka beruntunglah mereka yang asing (ghuraba')" Baginda ditanya, "Siapakah mereka?" jawab baginda, "Mereka adalah serpihan kabilah"
HR al Baghawi
Serpihan kabilah ialah mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di saat orang lain mematikannya...
 
 ...so, kenalah meninggalkan kebiasaan yang dilakukan oleh manusia yang mencintai dunia ni!!


yosh! POWER ENTER!

Friday 14 October 2011

Being Strong


Just because you feel weak,
doubt yourself, and feel lost,
doesn't mean you're not strong.


Being strong is
more than looking the part.
Being strong is
pushing through.
Being strong is
being able to admit when you're beaten down.
Being strong is
knowing what you want and going after it
no matter the hurt.


You don't have to look strong,
you just have to be strong.




::sahabat::

★Terima kasih Allah kerana mengurniakan teman yang mampu membuatkan aku mengingatiMu di saat aku lalai... biar tak pernah bertemu di dunia, aku hanya mengharapkan pertemuan di akhirat.

Thank You so much Allah..

Thursday 13 October 2011

Hijrah Sang Kekasih

Dengan Nama allah Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang...

Paksi Cinta Kekasih
bukan saja-saja, pasti ada tujuan..
agar diri tidak lari dari matlamat,
bahkan berusaha mengejarnya.

Paksi
ke mana harus ku pergi
ke mana destinasi...
Ke mana harus ku bawa...
Cinta??

Cinta
ianya di hati
maka hati harus ku pelihara...
agar ia tak lemah, tak buta, tak keras...
banyak ujian yang menguji Cinta...
moga tak tertipu dengan cinta dusta.
Mengharap Cinta yang Agung.

Kekasih
Mengharap bertemu yang Maha Pengasih...
berkasih sayang sesama manusia,
hanya kerana yang Maha Luas.
mengikat tali kasih di jalan dakwah,
agar kita sama ke syurga Ilah...
Kekasih itu takkan menduakan kasihnya.


Peta dan kompas
Kitab dan Teladan panduan perjalanan...
sirah jadi penanda jalan
niat... keikhlasan...
agar tak terkandas di padang kejahilan.


Ghurabaa
313 ahli badar...
sedikitnya mereka yang yang faham...
minta untuk menjadi golongan sedikit...
Ghurabaa si pengembara,
mendirikan khemah
menyalakan unggun api,
agar musafir lain berteduh sama
di bawah keredhaan Rabb.

Perjalanan
perjalanan ini benar jauh,
beliku, penuh cabaran.
Bekalan takwa harus mencukupi...
Destinasinya bukan murahan,
kerana itu harus dibayar
dengan harga pengorbanan yang tinggi.




Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar...
jalan menemuiMu, jalan yang Engkau redhai,
bukan jalan orang yang sesat...
jalan menuju syurgaMu...

 Teman perjalanan: andai aku tersungkur, tarik tanganku, jiruskan aku dengan air kasih Ilahi...

Wednesday 12 October 2011

I Love You!




♥ Jika SENDIRI
jangan merasa sepi.
Ada Dia yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH
jangan pendam dalam hati.
Ada Dia tempat BERBAGI
♥ Jika MARAH,
jaga fikiran & hati.

Ada Dia tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH
jangan merasa pilu.
Ada Dia tempat MENGADU
♥ Jika GAGAL
jangan berputus asa.
Ada Dia tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA
jangan menjadi lupa.
Ada Dia tempat MEMUJA


"Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)".


Jangan biarkan aku ditentukan oleh nasibku sendiri... Pimpini aku ya Allah, sayangi aku...

Tuesday 11 October 2011

Lontaran Suara Hati Teman

Assalamualaikum wbt. 

Aku naik kerataapi semalam; bersama sahabat ku yang lain. Baru balik dari berjumpa kawan-kawan pusat persediaan dulu.  
"Awak, dia..." bla...bla...bla... "Tolong, tolong jangan sebut nama dia lagi, boleh?" mohonku. "Betul-betul benci, ke (dengar nama tu)?" tanya kawanku dalam bahasa asing... dan bermacam lagi perkara yang menimbulkan perasaan yang entah apakah itu...

Dalam keretaapi; keadaan sekeliling sangat mengingatkan aku tentang masa lampauku... Berjam-jam dalam keretaapi; hatiku resah. Semakin ingin dilupa; semakin mendesak ia datang. "Bagaimana harus aku melupakan orang yang tak perlu aku ingati?" tanyaku pada dua orang teman musafir; aku menangis. Mereka usapkan dengan kalimah semangat.

Ya Allah...

Sudah berapa bulan aku di tempat asing ini; hari ini masih ada lagi yang bertanya; mengapa aku enggan menaiki basikal ke sekolah.. "Gunalah basikal saya, kalau perlu" ujarku, entah terjawab atau tidak soalan tadi. Berbulan lamanya; tidak ada jawapan yang terbaik untuk itu. "Apa guna aku menaikinya andai ia mengingatkan aku dengan yang lain? Aku menaikinya bila saat ia sangat diperlukan, agar aku tidak pernah menaikinya di saat aku mengingati makhluk lain."

Sukarnya melupakan...Sakitnya melupakan seperti menanggalkan kulit sendiri!

"Sibukkan diri dengan kerja dakwah dan tarbiyyah". Masih belum sibukkah aku? Soalan wajib ditanya bila kefuturan...

Kesunyian-kekosongan hanya layak diisi dengan Yang Wujud, Yang Kekal, Yang Maha Memberi.

Ya Allah, lupakanlah aku akan semua ingatan tentangnya, hingga suatu ketika aku tidak lagi menitip namanya dalam doaku padaMu, kerana ketika itu aku benar-benar melupainya. Ya Allah aku hanya inginkan Engkau meredhai aku... Jemputlah aku kembali dalam keadaan yang baik.

本当にイヤの~?

はい、本当にイヤです。


Banyaknya entry APG dan blog lain, juga berita-berita yang tak sempat nak baca... Hari yang penat, tapi hiduplah dengan nama Tuhan Kita.